Sejarah dan teori yang berkaitan Raja mutlak

Doktrin Hak Ketuhanan Raja

Raja Louis XIV dari Perancis. Walaupun memerintah secara kuku besi selama lebih 70 tahun, ramai sejarawan menganggapnya sebagai monarki mutlak yang berjaya

Teori monarki mutlak mula berkembang pada akhir Zaman Pertengahan bermula dari feudalisme di mana raja masih dianggap pertama di antara sedarjat first among equals dalam kalangan golongan bangsawan[1]. Penyokong monarki mutlak yang dikenali sebagai Absolutists menganjurkan doktrin Hak Ketuhanan Raja atau Divine Right of Kings untuk memberi justifikasi kepada kekuasaan raja. Antara raja yang telah campur tangan dalam hal agama termasuklah Raja Henry VIII dari England. Beliau telah berani menentang Paus Katolik di Rom dan mereka mazhab yang baru iaitu Gereja England[2]. Raja-raja yang mutlak ini mendakwa mereka hanya menjawab kepada Tuhan dan bukan kepada manusia yang lain terutamanya wakil rakyat di Parlimen[3]. Harta yang melimpah ruah disokong dengan bala tentera yang besar hanya memberi mereka lebih kuasa untuk meneguhkan doktrin ini. Mereka yang mendakwa sedemikian lazimnya memerintah dengan zalim. Salah satu contoh terbaik raja yang mendakwa hak ketuhanannya untuk memerintah adalah Raja Louis XIV dari Perancis.

Teori Hobbes mengenai Kedaulatan Raja

Menurut Hobbes dalam karyanya berjodol "Leviathan", manusia secara semula jadi masing-masing mempunyai hasrat atau nafsu (appetite) dan kebencian (aversions), yang menggerakkan tindakan mereka[4]. Salah satu nafsu manusia adalah keinginan berkuasa; akibatnya berlakulah pertembungan dan kacau-bilau seperti peperangan. Sebaliknya, manusia membenci perang kerana ia membawa banyak kesusahan. Oleh itu mereka mencipta keadaan buatan atau artificial. Caranya adalah masyarakat perlu bersepakat di antara mereka untuk melepaskan hak-hak mereka dan memindahkannya kepada beberapa orang atau lembaga yang berkuasa. Lembaga tersebut diberi kedaulatan untuk menjaga keselamatan rakyat (the safety of the people) [Hobbes: ms 376][5]. Oleh itu, Hobbes menganjurkan kedaulatan raja kerana tanpanya kehidupan manusia akan menjadi pendek, keseorangan, miskin dan mereka juga akan bersikap buruk seperti haiwan[6].

Enlightened despotism

Sewaktu Zaman Pembaharuan atau Rennaisance, teori monarki mutlak disokong oleh ramai para falsafah Perancis sebagai satu bentuk enlightened despotism atau despotisme pembaharuan. Mereka berhujah bahawa seorang raja yang mempunyai kesedaran atau enlightened mampu memperkenalkan pembaharuan yang progresif di samping membendung feudalisme dan golongan paderi yang reaksionis. Teori ini semakin pudar selepas kejatuhan kerajaan Napoleon[7]..

Rujukan

WikiPedia: Raja mutlak http://www.pmo.gov.bn/pmo1/index.php?option=com_co... http://www.associatepublisher.com/e/a/ab/absolute_... http://www.bbc.com/news/world-europe-21777494 http://www.bbc.com/news/world-middle-east-30945324 http://www.britannica.com/EBchecked/topic/166626/d... http://rizkisaputro.wordpress.com/2007/07/24/teori... http://sqcic.gov.om/HM.html http://www.diwan.gov.qa/english/the_amir/the_amir_... http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/3784765.stm http://www.historylearningsite.co.uk/reformation.h...